Keadaan ekonomi di Malaysia sekarang makin lama makin tidak menentu. Ada baiknya kita beringat dalam berbelanja. Sudah tentu berbelanja itu suatu kemestian pada semua orang.

Tetapi bagaimana cara yang sesuai untuk kita jimat berbelanja dalam ekonomi sebegini?

Di blog comparehero.my, ada sesuatu yang menarik untuk dibincangkan berkenaan perbelanjaan harian kita.

1. Ubah Makanan Harian Anda Dengan Bijak.

Pernahkah anda mengiira jumlah perbelanjaan sebenar makanan harian anda? Setiap hari paling kurang kita akan makan sarapan, tengahari dan malam. Ada yang menambah minum pagi dan minum petang atau supper di tengah malam. Semua itu melibatkan kos kan?

Cuba kita perhatikan dengan lebih teliti. Waktu makan tengahari sahaja, kita telah mengeluarkan kos lebih kurang RM10. Kalau di campur dengan kos sarapan dan makan malam berkemungkinan boleh mencecah RM30 – RM50 sehari. Ini anggaran untuk seorang.

Jika seminggu, kos untuk makanan sahaja boleh menjadi RM210 hingga RM350.

Lihat gambarajah di atas. Perbandingan makan di kedai dan bawa bekal makanan sendiri boleh menjimatkan sehingga RM50 seminggu. Anda hanya perlu mengeluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.

Kalau anda boleh jimat RM50 seminggu, sebulan boleh jimat RM200 atau lebih lagi. Makanan yang dimasak sendiri juga lebih sihat dan sesuai dengan selera anda. Jika minuman, dicadangkan bawa botol air masak sahaja kerana air tanpa gula lebih sihat dan menjimatkan.

2. Simpan Dan Rekod Setiap Perbelanjaan Anda.

Merekod dan menyimpan resit perbelanjaan setiap kali mungkin aagak leceh untuk kita buat. Tapi sedar atau tidak, sebenarnya punca kenapa duit selalu bocor adalah disebabkan perbelanjaan kecil kita.

Cuba bayangkan berapa kali kita beli air mineral, kopi, gula-gula, coklat, makanan ringan, sehari? Jika anda yang sudah berkeluarga, sudah tentu mainan anak, makanan ringan anak, gula-gula atau coklat anak termasuk kan? Jika ramai anak, kalikan dengan bilangan anak. Kemudian kalikan dengan 30 hari. Berapakah jumlahnya? Kita tidak dapat menjawab disebabkan kita tidak megambil kisah berapa jumlah ringgit yang telah dibelanjakan untuk benda-benda kecil ini.

Dengan merekod setiap aktiviti perbelanjaan, kita akan dapat mengenal pasti punca duit kita “bocor” setiap bulan. Apabila kuta sudah tahu punca sebenar kebocoran duit kita, sudah tentu kita boleh bertindak untuk menjimatkan nya.

Anda boleh menggunakan aplikasi smartphone untuk mencatat setiap perbelanjaan anda seharian. Ini memeudahkan anda mengetahui perbelanjaan dan kebocoran duit anda setiap hari.

3. Beli Barang Yang Perlu Bukan Disebabkan Jenama.

Kalau kita perhatikan, barang yang berjenama sudah tentu lebih mahal dari yang biasa. Mungkin disebabkan kualiti atau memang nama itu yang memahalkan harganya.

Tetapi apabila kita perhatikan setiap barang keperluan asas di rumah, tidak semua per barangan berjenama.

Sebagai contoh sabun mandi. Jika anda tidak mempunyai kulit sensitif, sabun yang murah sudah tentu memadai untuk membersihkan badan anda. Botol susu anak yang sederhana harganya sudah memadai berbanding botol susu Avent yang mahal dan puting susunya susah dicari. Fungsinya tetap sama kan?

Ada baiknya anda mengkaji dahulu setiap barang yang perlu anda beli dan bandingkan kualiti dan harga. Kerana ada juga barang yang mahal tetapi kualitinya tiada. Pengguna yang bijak akan sentiasa mencari solusi untuk menjimatkan disamping mengguna barangan yang perlu untuk kehidupan seharian.

Lebih baik lagi anda beli barangan itu pada hari diskaun. Anda tetap dapat barangan keperluan anda pada harga yang lebih jimat.

4. Latih Diri Melawan Nafsu Berbelanja.

Ramai yang sudah biasa membeli disebabkan apa yang menarik pada pandangan. Adakala kita membeli hanya disebabkan promosi berganda yang disediakan. Ada juga yang membeli disebabkan hendak bergaya dan nampak hebat disisi rakan-rakan.

Jika anda membiasakan diri dengan gaya hidup yang mahal maintenance nya, sudah tentu lebih banyak duit yang perlu dibelanjakan setiap hari. Ini semua hanya disebabkan ego dalam diri sendiri. 

Jika anda tidak sanggup mengubah cara hidup itu, jaga-jagalah. Kelak anda mungkin menghadapi masalah kewangan yang besar.

Usah dengar kata nafsu yang sentiasa mengajak berbelanja besar setiap kali anda berbelanja. Ada baik anda pastikan anda telah makan sebelum membeli belah. Kerana nafsu membeli lebih hebat apabila anda lapar. Bila anda lapar. semua benda nak dibelinya nanti.

5. Kenalpasti Barang Yang Tidak Perlu

Kadang-kadang kita keliru antara keperluan dan kemahuan. Perkara yang perlu , tidak mesti tidak , kita mesti beli disebabkan keperluan asas. Jika tidak masalah besar boleh berlaku kepada kita. Sementara kemahuan biasanya didorong oleh nafsu dan hasutan syaitan.

Cuba anda fikirkan, perlukah anda melepak kat luar pada setiap hujung minggu?
Perlukah anda menonton setiap “movie” yang baru keluar?
Perlukah anda beli tudung edisi khas sementara ada sahaja tudung yang cantik pada harga yang lebih rendah?
Perlukah anda membeli hanya disebabkan hadiah yang diberikan, sedangkan hadiah tersebut anda boleh dapati di kedai pada yang yang murah.

Anda juga boleh mengkaji perbandingan antara barang yang berlainan untuk fungsi yang sama. Sebagai contoh, mengkaji pelan prabayar atau pasca telekomunikasi. Bandingkan penjimatan antara pelan internet diantara syarikat telekomunnikasi yang ada. Kerana persingan yang hebat diantara syarikat-syarikat telekomunikasi ini, mungkin membantu anda menjimatkan duit anda.

Jika anda ada cadangan atau tips penjimatan sendiri, boleh dikongsikan di ruangann komen. Mungkin tips penjimatan anda boleh membantu lebih ramai rakan-rakan kita di sini.

5 Cara Berjimat Tanpa Berlapar Di Hujung Bulan

No comments:

Post a Comment