Apa guna jika kita bersusah payah untuk sesuatu pekerjaan tetapi sebenarnya kita benci melakukannya kan? Cuba bayangkan jika anda dapat melakukan sesuatu pekerjaan disebabkan minat anda. Pada masa yang sama juga anda dibayar gaji. Menarik bukan?
Dengan cara ini anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan terasa seronok pula meneruskan pekerjaan tersebut.
Jim Carey, seorang pelawak terkenal pernah berkata di Mararishi University of Management mengenai ayahnya. Jim mengatakan ayahnya memiliki bakat melawak tetapi memilih jalan yang difikirkan selamat iaitu menjadi seorang akauntan.
Oleh sebab pilihan ayahnya tersebut, Jim dan keluarganya terpaksa bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari pendapatan dan menyara kehidupan sekeluarganya. Kerana desakan itu, Jim Carey pun memutuskan untuk mengikuti impian berdasarkan minatnya, menjadi seorang pelawak dan akhirnya menjadi aktor terkenal.
Mengapa Jim Carey berjaya selepas mengikut minatnya sebagai pelawak? 5 sebab mengapa pekerjaan berdasarkan minat mampu memberi kejayaan kepada anda.
1. Pekerjaan Menjadi Sangat Mudah
Melakukan apa yang snda suka adalah suatu yang menyenangkan bukan? Kerana anda sendiri yang mahukannya. Anda juga tidak mengalami tekanan yang hebat kerana anda meminatinya.Walau anda jatuh sekali pun, anda mampu bangkit, memikirkan cara terbaik untuk anda berjaya disebabkan minat yang mendalam anda terhadap pekerjaan anda itu.
2. Alam Semesta Menyokong Anda
Ketika anda memilih kebahagiaan dalam pekerjaan, anda memasuki suatu fasa yang luar biasa dalam kehidupan. Sesuatu yang lenih besar dari kehidupan.Anda tidak lagi perlu memikirkan sesuatu yang negatif sepereti mengapa anda ditakdirkan begini, mengapa anda dipersalahkan, mengapa perkerjaan ini menyusahkan dan sebagainya.
Tetapi anda akan sentiasa memikirkan bagaimana anda boleh memajukan diri dalam bidang yang anda minati. Sementara anda memikirkan cara memajukan diri, anda akan menemui peluang atau kesempatan untuk memperhebatkan lagi kerjaya anda.
Apabila peluang yang ditunggu itu datang, anda tidak akan membuang masa, bahkan anda akan terus mengambil peluang dan meneruskan perjalanan karier pekerjaan anda.

3. Kreativiti, Idea & Semangat Semakin Meningkat
Dari segi aspek spiritual, anda akan rasa sesuatu kekuatan dalam yang semakin meningkat. Anda semakin bersemangat dan berkeyakinan untuk melakukan yang lebih dalam pekerjaan anda.Anda akan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru, menanbah ilmu yang baru dan mencabar diri ke tahap yang lebih baik. Anda juga mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pekerjaan anda.
4. Anda Bersikap Jujur Pada Diri
Tidak ada yang lebih penting daripada menjadi diri sendiri. Hal tersebut merupakan kewajipan kepada setiap manusia di dunia. Jika anda melakukan sebuah pekerjaan dengan komitmen yang tinggi dan dilandasi pada kejujuran, rezeki pun akan mengalir dengan lancar.Anda berlaku jujur pada diri dan institusi yang berkaitan. Anda lkebih tenang dan organisasi juga menyukai anda disebabkan nilai tinggi yang anda berikan.
5. Kejayaan Mudah Dikecapi
Perjalan pekerjaan anda mungkin bermula dengan langkah yang kecil. Tetapi disebabkan usaha anda yang berterusan dan bersemangat, kejayaan dalam bidang anda akan lebih mudah dicapai.Lihat seperti Dato' Siti Nurhaliza, disebabkan minat dan usaha dari muda, anugerah demi anugerah banyak diterima pada usia muda. Gelaran Dato' juga dianugerahkan pada usianya hanya 27 tahun!
No comments:
Post a Comment