Dalam bidang perniagaan, kita sudah tentu memilih pulangan yang lumayan. Tetapi tidak ramai yang sanggup mengeluarkan kos yang banyak untuk berniaga.

Perniagaan berkos rendah ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, atau pemuda lepasan SPM. Anda boleh pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan anda sebagai sumber pendapatan anda.

1.  Berniaga Buah Potong

Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, cuba dapatkan jualan sehingga 600 plastik sehari.

Pilih lokasi yang ramai orang seperti di kawasan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang. Secara kasar, anda boleh mendapat keuntungan rm350 sehari × 30 hari bersamaan RM10,500 sebulan.

2. Khidmat Potong Rumput

Upah memotong rumput satu halaman rumah biasa adalah sekitar rm60. Anda hanya perlu menggunakan 2 orang pekerja dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, Pekerjaan ini hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk sebuah halaman.

Anda sebagai manager, hanya perlu mengiklankan perkhidmatan anda di kawasan perumahan. Kemudian deal dengan pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Dengan 5 buah rumah sehari untuk seorang pekerja.

RM60 x 10 rumah sehari = RM600
Gaji 2 orang perkerja       = RM260
Keuntungan Sehari           = RM340
Keuntungan Sebulan        = RM340 x 30 hari = RM10,200 sebulan

3. Menjual Nasi

Menjual nasi menjadi kebiasaan terutama di kawasan perumahan atau kawasan pekerjaan. Tetapi perlu lah sedap dan berpatutan.

Jika anda boleh menjual nasi RM4 beserta khidmat penghantaran. Cuba dapatkan jualan 150 biungkus sehari. Anda boleh menggunakan iklan Facebook untuk mendapatkan pelanggan sekitar.

Dengan keuntungan sekitar 60%, sehari anda mampu mendapat untung bersih sebanyak rm360 × 30 hari = RM10,800 sebulan.

4. Menjual Air

Jual air rm1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan  sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080.

5. Berniaga Di Pasar Malam

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.

6. Agent Jualan Produk

Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

6 Perniagaan Modal Rendah Dengan Pulangan Bersih Lebih RM10,000 Sebulan

No comments:

Post a Comment