Kebanyakkan kita hanya tahu sahaja menyimpan itu penting. Tapi tak faham sebenarnya kenapa perlu menyimpan duit itu. Bukan kita tak faham tetapi tak benar-benar mengerti atau menghayati erti menyimpan.
Secara asasnya menyimpan duit bermaksud mengasingkan sebahagian duit yang didapati ke tempat yang selamat dan tidak digunakan dalam masa terdekat. Mungkin duit tersebut boleh disimpan di akaun simpanan di mana-mana bank, di dalam tabung simpanan atau di bawah bantal sekali pun.
Tapi menyimpan duit memerlukan beberapa faktor penting untuk berjaya.
1. Fahami Tujuan Menyimpan
Kalau tak tahu kenapa nak buat sesuatu kenapa kita nak buat perkara tu kan? Jadi, tetapkan tujuan menyimpan anda. Sebab selalunya kalau kita tidak ada tujuan, kita memang tak akan buat pun perkara tersebut. Sebaiknya anda tulis tujuan atau matlamat anda menyimpan. Cari tujuan menyimpan yang SANGAT penting! Seperti menyimpan untuk berkahwin atau membeli kereta impian. Bila dah "NAMPAK" tujuan menyimpan tu barulah kita berusaha keras untuk mendapatkan nya kan?
2. Susun jadual Menyimpan.
Sebenarnya berapa amaun menyimpan bukan faktor utama menyimpan. Amaun duit yang mahu disimpan mungkin penting jika mahu jumlah yang besar. Tetapi yang lebih penting adalah KONSISTENSI dalam menyimpan. Jadi susunlah berapa banyak yang anda mahu menyimpan SETIAP MINGGU atau SETIAP BULAN atau pun SETIAP HARI! Kenapa saya highlightkan perkataan setiap itu? Sebab "SETIAP" itulah bukti konsistensi anda kepada simpanan anda. Jika perlu anda boleh buat reminder untuk anda menyimpan duit tersebut.3. Menyimpan Untuk Diri Sendiri.
Anda rasa diri anda penting? Anda rasa diri anda perlu ada simpanan? Jika anda setuju diri anda penting dan setuju simpanan itu juga penting, sudah tentu anda tidak akan MENIPU diri anda kan? Jadi, keluarkan sebahagian duit tersebut dahulu untuk DIRI ANDA secara konsisten. Jangan tipu-tipu lagi. Berdosa tau!4. Rekod Simpanan Anda,
Kalau kita tak nampak jalan raya bila memandu dalam keadaan gelap gelita tanpa lampu macam mana kita nak tahu ke mana arah kita nak tuju kan? Samalah dengan simpanan kita. Menyimpan itu seumpana perjalanan untuk sampai ke impian yang anda telah tetapkan pada faktor nombor satu tadi. Jadi, rekod kan setiap simpanan di dalam file excel ke, nota ke asal kan rekod itu tetap dan mudah dilihat semula. Bila nengok dah banyak menyimpan kan terasa bangga diri dan "banyak duit" menyimpan kan?
5. Jangan Usik Duit Simpanan
Kata nak simpan. Kenapa nak guna pulak kan? Simpanan perlu dibiarkan sampai jumlah yang di perlukan mencukupi dan digunakan apabila duit simpanan sudah mahu digunakan untuk matlamat anda tadi. Selagi tak cukup janganlah gunakan duit simpanan tu. Kalau guna jugak memang anda PENIPU DIRI SENDIRI la kan?Jadi dah faham kepentingan menyimpan? Kalau dah faham boleh lah bermula dari sekarang. Percayalah, simpanan walaupun sedikit pasti akan membantu anda dikemudian hari.
No comments:
Post a Comment