Pernah dengar Maslow (Maslow’s Hierarchy of Needs). Teori psikologi manusia ini dicipta oleh Abraham Harold Maslow iaitu seorang ahli psikologi. Beliau cipta hierarki untuk memahami psikologi manusia secara lebih mendalam.

Beliau percaya manusia buat sesuatu perkara atas pengaruh motivasi tertentu.

Secara asas, hierarki ini beri gambaran yang manusia perlu penuhi keperluan tahap rendah, sebelum beralih penuhi tahap keperluan yang lebih tinggi. Sehingga mereka capai tahap tertinggi iaitu “self-actualization.”

Jika teori ini di aplikasikan kepada kehidupan kita terutamanya berkaitan pengurusan kewangan, anda akan dapati teori ini sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Cuba lihat piramid di bawah.
Jika kita ubah puncak piramid self actualization kepada kebebasan kewangan atay freeing, anda akan dapati kebebasan kewangan yang sebenar adalah apabila pendapatan pasif melebihi segala perbelanjaan. Dan itu lah impian kita kan?

Bagaimana kita hendak ke puncak piramid atau mencapai kebebasan kewangan?

Untuk survive, kita kena tahu nilai pengeluaran atau perbelanjaan serta tahu berapa banyak pendapatan setiap bulan.

Jika kita tidak biasa merekod perbelanjaan, sudah tentu kita sering kali terlebih belanja. Ini akan menyebabkan anda kurang menyimpan dan boleh bankrap.

Peringkat 1: Surviving

Padsa asasnya, semua yang kita lakukan adalah untuk terus hidup tanpa ada masalah. Tetapi untuk terus survive perlu ada mindset yang betul.

Adakah anda masih berfikiran seperti berikut?

"Rileks lah, kerajaan kan sentiasa bantu rakyat. Mohonlah bantuan kerajaan untuk buat sesuatu"
"Duit saya sentiasa cukup dan selamat kat dalam bank"
"Tak perlu rekod semua perbelanjaan, duit sentiasa ada hujung bulan"
"Alah! ada rezeki boleh lah dapat durian runtuh!"

Tahu kah anda, semua ayat ini boleh menjadi racun kepada kebebasan kewangan anda.

Pada peringkat ini, kita hidup dengan cara sederhana (kawal perbelanjaan secara terperinci), dan amalkan belanja tidak lebih daripada pendapatan bulanan kita.

Peringkat 2: Bebaskan Diri Daripada Belenggu Hutang.

Di peringkat ini, anda perlu faham bahawa hutang bukanlah duit anda. Sebanyak mana anda hutang, ias tetap bukan milik anda.

Mereka yang memiliki kebebasan kewangan akan memiliki sedikit hutang dan lebih banyak pendapatan.

Kenal pasti hutang baik dan hutang jahat.

Hutang baik adalah apabila anda membayar hutang, anda tidak dapat pulangan semula. Tetapi hutang baik, anda dapat pulangan semula yang membantu menambahkan pendapatan anda.

Hutang kredit kad, personal loan, kereta atau hutang rumah semuanya adalah hutang jahat yang mengeluarkan duit anda tanpa menambahkan duit anda.

Hutang beli rumah, di mana rumah itu disewakan adalah hutang baik. Kerana rumah itu mampu menambah pendapatan anda dari duit sewaan walaupun anda berhutang.

Peringkat 3: Tingkatkan Ilmu Sedia Ada.

Hasil daripada pengurusan perbelanjaan yang baik dan sedikit berhutang, Anda akan memiliki lebih banyak duit simpanan. Apa yang perlu di buat dengan duit simpanan?

Dengan duit simpanan anda boleh  membahagikan sebahagian sebagai wang kecemasan. Sementara sebahagian sebagai pelaburan.

Di sini anda perlu belajar bagaimana anda dapat menambahkan pendapatan melalui pelaburan walaupun anda masih bekerja. Anda boleh membaca buku pelaburan, perniagaan atau sebagai nya untuk menambah ilmu.

Anda juga boleh mengikuti kursus berkaitan untuk memahami lebih mendalam berkenaan pelaburan tersebut.

Peringkat 4: Mulakan Pelaburan.

Apabila anda sudah memahami jenis pelaburan atau formula yang mana sesuai untuk menambahkan pendapatan anda, anda perlu bermula secepat mungkin.

Lakukannya sebaik mungkin mengikut panduan yang anda telah pelajari.Paling baik, mentor yang berjaya mungkin boleh membantu anda melaksanakan pelaburan anda.

Pada peringkat ini anda perlu memahami selok-belok di dalam pelaburan atau perniagaan tersebut. Sudah tentu banyak dugaan anda perlu hadapi. Tapi itu semua akan menjadikan anda lebih bijak dan cemerlang dalam pengurusan pelaburan.

Peringkat 5: Optimumkan Pelaburan.

Pada peringkat ini, perniagaan atau pelaburan anda sudah berjalan lancar. Anda cuma perlu mencantikkan perjalan pelaburan atau perniagaan tersebut.

Anda perlu membuat tindakan bagaimana anda dapat meminimumkan perbelanjaan dan memaksimumkan keuntungan. Tidak lupa mengurangkan cukai, mengoptimumkan penggunan staf atau pemilikan aset.

Apabila sistem pelaburan atau perniagaan anda berjalan semakin lancar, ianya sudah menjadi mesin sumber pendapatan anda. Mesin sumber pendapatan anda inilah yang membantu mencapai impian kebebasan kewangan anda.

Peringkat 6: Capai Kebebasan Kewangan.

Inilah peringkat terakhir dan teratas dalam hierarki ini. Pada peringkat ini, anda sudah tak ada hutang jahat, anda mampu mengurus duit dengan baik, anda memiliki banyak ilmu dan pengalaman tentang pelaburan, serta portfolio pelaburan yang baik.

Anda juga sudah memiliki rangkaian pendapatan pasif dengan pulangan yang lumayan.

Anda boleh memilih untuk bersara awal dari pekerjaan tetap kerana pendapatan pasif anda sudah mampu menampung segala perbelanjaan kita.

Mencapai Status Bebas Kewangan Bermula Dari Mindset Minda Anda Yang Betul

No comments:

Post a Comment