Pernah tak korang buat satu kerja tu berjam-jam lamanya tapi bila masa majikan lihat hasil kerja tersebut dia terus reject bulat-bulat. Tak sakit jantung ke dibuatnya bila hasil penat lelah kita bertungkus-lumus dalam menyiapkan satu kerja akhirnya ditolak mentah-mentah macam tu saja. Kadang-kadang kitapun pelik dan tak faham di manalah salah dan silapnya hasil kerja yang telah kita buat.

Dalam hal ini kita mestilah mengambil langkah-langkah yang bijak dan majikan juga tak seharusnya terus menunding jari kepada pekerja atas kesilapan yang mereka lakukan. Dalam menghasilkan kerja yang betul-betul mantap kerjasama antara boss dan pekerja sangatlah diperlukan dan bukanlah hanya menjadi beban pekerja.

Kali ini Maukerja akan berkongski beberapa tips bagaimana korang boleh melaksanakan kerja dengan penuh kualiti tanpa memerlukan masa yang begitu panjang dalam perlaksanaannya. Sebenarnya masa yang panjang diluangkan untuk satu kerja tidak boleh menjamin kualiti kerja yang baik. Tetapi faktor-faktor ini boleh membantu:

1. Kepimpinan

Pemimpin yang baik akan membantu dalam menentukan corak dan halatuju organisasi. Untuk menjayakan sesuatu misi atau project  para pemimpin syarikat mestilah menjadi tunjuk tauladan kepada para pekerja. Majikan yang mempunyai kefahaman yang tinggi dalam satu urusan perlu memberi tunjuk ajar agar pekerja dapat mempraktik pentadbiran yang telah diamalkan dalam urusan pekerjaan.

Memberi arahan dan kefahaman yang betul sememangnya akan membantu pekerja agar dapat melaksanakan pekerjaan dengan lebih sempurna dan mengikut standard syarikat.

2. Keperluan Organisasi Dan Pelanggan

Sebagai sebuah organisasi yang sedang menerpa nama, pekerja perlu faham dan mengentahui apakah keperluan yang menjadi keutamaan syarikat dan juga apakah kehendak pelanggan atau client. Dalam melaksanakan tugasan kerja yang penting, korang sepagai representative atau wakil syarikat harus peka atas segala keperluan syarikat dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Kedua-dua perkara ini bergerak seiringan dan bukanlah hanya mementingkan salah satu pihak. Mana boleh ia menjadi seimbang jika kepentingan syarikat dijaga sedangkan kepentingan pelanggan tidak diendah atau diabaikan. Sebagai pekerja yang cemerlang korang perlu memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan dengan sebaiknya supaya mampu memenuhinya dengan tepat, malah dapat menawarkan lebih daripada yang mereka perlukan agar syarikat juga dapat meningkatkan prestasi dan produktviti.

3. Tatacara & Budaya Kerja 

Dalam menerpa kejayaan, sesebuah organisasi perlulah menetapkan piawai, proses, prosedur, arahan dan budaya kerja yang segalanya mampu dipraktikkan dengan baik dan dikekalkan sekiranya ingin mencapai tahap penyampaian produk yang berkualiti.

Budaya kerja yang berdisiplin dan saling bekerjasama akan mampu membantu pekerja menjadi lebih serius dan bersemangat dalam perlaksanaan kerja tanpa punya hati yang sambi lewa dan terpaksa.

4. Fasiliti yang sempurna

Kesempurnaan daripada segi aspek fasiliti seperti peralatan, teknologi dan lojistik perlulah bersesuaian dan bertepatan dengan produk yang dihasilkan oleh syarikat. Ini adalah perkara yang memainkan peranan penting bagi membolehkan organisasi melaksanakan misi dan projek dengan lebih mantap dan sempurna.

Dalam perihal ini pihak majikan dan syarikat perlu mengambil serius kerana tanpa fasiliti yang berfungsi dengan baik syarikat tak mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan pekerja tak boleh dipersalahkan atas kerja yang kurang memuaskan hati kerana kurangnya kemudahan penting dalam perlaksanaan pekerjaan. Fasiliti yang begitu baik juga akan membantu perlaksanaan kerja yang lebih cepat dan effektif.

5.Sumber Yang Mencukupi

Dalam perlaksanaan pekerjaan yang ditugaskan dan juga dalam pengeluaran produk kepada pelanggan, organisasi perlu memastikan berbagai sumber termasuklah pengetahuan, kepakaran, bahan dan kewangan adalah mencukupi agar semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan kaedah yang paling efisen.

Tanpa sumber yang kuat dan boleh dipercayai segala perlaksanaan pekerjaan dan pembuatan produk akan terganggu dan kemungkinan besar pelanggan boleh.

6.Sikap & Komitmen Pekerja

Walau sebaik mana pun proses, prosedur, fasiliti dan sumber yang disediakan oleh syarikat, namun kalau sikap dan komitmen pekerja tidak hadir sepenuhnya, maka oganisasi tidak akan mencapai tahap kecemerlangan yang diinginkan.

Pekerja adalah penggerak yang utama dalam sebuah syarikat di mana majikan adalah ketuanya. Jika tiada komitmen daripada pekerja sendiri bagaimana boleh majikan bergerak sendirian? Jadi pekerja merupakan penyumbang yang penting dalam pembangunan syarikat jika komitment diberikan sepenuhnya.

Sumber : INFOSKY

6 Ciri Penting Bagi Mengasilkan Kualiti Kerja Yang Mantap

No comments:

Post a Comment