Pernah tak korang buat satu kerja tu berjam-jam lamanya tapi bila masa majikan lihat hasil kerja tersebut dia terus reject bulat-bulat. Tak sakit jantung ke dibuatnya bila hasil penat lelah kita bertungkus-lumus dalam menyiapkan satu kerja akhirnya ditolak mentah-mentah macam tu saja. Kadang-kadang kitapun pelik dan tak faham di manalah salah dan silapnya hasil kerja yang telah kita buat.
Dalam hal ini kita mestilah mengambil langkah-langkah yang bijak dan majikan juga tak seharusnya terus menunding jari kepada pekerja atas kesilapan yang mereka lakukan. Dalam menghasilkan kerja yang betul-betul mantap kerjasama antara boss dan pekerja sangatlah diperlukan dan bukanlah hanya menjadi beban pekerja.
Kali ini Maukerja akan berkongski beberapa tips bagaimana korang boleh melaksanakan kerja dengan penuh kualiti tanpa memerlukan masa yang begitu panjang dalam perlaksanaannya. Sebenarnya masa yang panjang diluangkan untuk satu kerja tidak boleh menjamin kualiti kerja yang baik. Tetapi faktor-faktor ini boleh membantu:
1. Kepimpinan
Pemimpin yang baik akan membantu dalam menentukan corak dan halatuju organisasi. Untuk menjayakan sesuatu misi atau project para pemimpin syarikat mestilah menjadi tunjuk tauladan kepada para pekerja. Majikan yang mempunyai kefahaman yang tinggi dalam satu urusan perlu memberi tunjuk ajar agar pekerja dapat mempraktik pentadbiran yang telah diamalkan dalam urusan pekerjaan.
Memberi arahan dan kefahaman yang betul sememangnya akan membantu pekerja agar dapat melaksanakan pekerjaan dengan lebih sempurna dan mengikut standard syarikat.
2. Keperluan Organisasi Dan Pelanggan
Sebagai sebuah organisasi yang sedang menerpa nama, pekerja perlu faham dan mengentahui apakah keperluan yang menjadi keutamaan syarikat dan juga apakah kehendak pelanggan atau client. Dalam melaksanakan tugasan kerja yang penting, korang sepagai representative atau wakil syarikat harus peka atas segala keperluan syarikat dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Kedua-dua perkara ini bergerak seiringan dan bukanlah hanya mementingkan salah satu pihak. Mana boleh ia menjadi seimbang jika kepentingan syarikat dijaga sedangkan kepentingan pelanggan tidak diendah atau diabaikan. Sebagai pekerja yang cemerlang korang perlu memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan dengan sebaiknya supaya mampu memenuhinya dengan tepat, malah dapat menawarkan lebih daripada yang mereka perlukan agar syarikat juga dapat meningkatkan prestasi dan produktviti.
3. Tatacara & Budaya Kerja
Dalam menerpa kejayaan, sesebuah organisasi perlulah menetapkan piawai, proses, prosedur, arahan dan budaya kerja yang segalanya mampu dipraktikkan dengan baik dan dikekalkan sekiranya ingin mencapai tahap penyampaian produk yang berkualiti.
Budaya kerja yang berdisiplin dan saling bekerjasama akan mampu membantu pekerja menjadi lebih serius dan bersemangat dalam perlaksanaan kerja tanpa punya hati yang sambi lewa dan terpaksa.
4. Fasiliti yang sempurna
Kesempurnaan daripada segi aspek fasiliti seperti peralatan, teknologi dan lojistik perlulah bersesuaian dan bertepatan dengan produk yang dihasilkan oleh syarikat. Ini adalah perkara yang memainkan peranan penting bagi membolehkan organisasi melaksanakan misi dan projek dengan lebih mantap dan sempurna.
Dalam perihal ini pihak majikan dan syarikat perlu mengambil serius kerana tanpa fasiliti yang berfungsi dengan baik syarikat tak mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan pekerja tak boleh dipersalahkan atas kerja yang kurang memuaskan hati kerana kurangnya kemudahan penting dalam perlaksanaan pekerjaan. Fasiliti yang begitu baik juga akan membantu perlaksanaan kerja yang lebih cepat dan effektif.
5.Sumber Yang Mencukupi
Dalam perlaksanaan pekerjaan yang ditugaskan dan juga dalam pengeluaran produk kepada pelanggan, organisasi perlu memastikan berbagai sumber termasuklah pengetahuan, kepakaran, bahan dan kewangan adalah mencukupi agar semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan kaedah yang paling efisen.
Tanpa sumber yang kuat dan boleh dipercayai segala perlaksanaan pekerjaan dan pembuatan produk akan terganggu dan kemungkinan besar pelanggan boleh.
6.Sikap & Komitmen Pekerja
Walau sebaik mana pun proses, prosedur, fasiliti dan sumber yang disediakan oleh syarikat, namun kalau sikap dan komitmen pekerja tidak hadir sepenuhnya, maka oganisasi tidak akan mencapai tahap kecemerlangan yang diinginkan.
Pekerja adalah penggerak yang utama dalam sebuah syarikat di mana majikan adalah ketuanya. Jika tiada komitmen daripada pekerja sendiri bagaimana boleh majikan bergerak sendirian? Jadi pekerja merupakan penyumbang yang penting dalam pembangunan syarikat jika komitment diberikan sepenuhnya.
Sumber : INFOSKY
6 Ciri Penting Bagi Mengasilkan Kualiti Kerja Yang Mantap
By DuitLah
Ramai diantara kita hanya tahu untuk menyimpan duit di dalam ASB kerana mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Tetapi lumrahnya pada mereka yang bergaji kecil atau hanya boleh menyimpan dengan jumlah yang sedikit, pulangan dari ASB ternyata bukan masyuk.
Jadi ada tak cara lain untuk meningkatkan pulangan itu dengan berlipat ganda dalam masa yang singkat?
Kita lihat tips yang di kongsikan oleh bro Rashdan seorang perunding ASB loan.
Bagaimana RM537 Menjadi RM340,000 Dengan Teknik ASB??
Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun 2013 dividen ASB ialah 8.7% termasuk bonus dan 8.5% pada tahun 2014 yang lalu. Mereka yang tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.
Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita dapat. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya belanja dulu baru simpan! Konsep ini dah terbalik.
Sebagai contoh, jika anda mendapat gaji RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan 30% dahulu atau RM600 ke ASB. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar rumah, kereta dan bil yang selainnya. Kalau tak cukup, anda perlu rombak semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.
Jadi bagaimana untuk kita buat duit dengan ASB. Ada beberapa cara yang biasa kita dengar tetapi terdapat 2 teknik kewangan yang boleh anda pilih, samada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Jangka masa pendek ialah antara 5-7 tahun untuk kita memaksimakan pulangan dividen daripada ASB.
Disini saya bongkarkan 4 teknik buat duit dengan ASB :
Teknik #1: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang
Disini anda akan membuat pinjaman ASB di bank-bank terkemuka.
Jika gaji anda RM2,000, buat loan RM100,000 dimana bayaran bulannnya ialah RM537 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji RM2,000).
Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM8,000 (andaian dividen 8%). Dalam masa 30 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM240,000. Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 anda menjana RM340,000!
Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman dan menyimpannya setiap bulan. Dalam setahun anda menyimpan RM537x12= RM6,444. Dividen setahun cuma RM276, dan untuk tempoh 30 tahun jumlah dividen lebih kurang RM8,280. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM193,320, jumlahnya ialah RM201,600. Disini anda telah rugi RM138,400!
Teknik #2: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang
Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000.
Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM537x12=RM6,444. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank setiap tahun. Anda masih ada lebihan RM1,556 setiap tahun. Setelah tempoh matang 30 tahun, anda lihat perolehannya:
RM100,000
Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan RM6,444 anda mendapat RM100,000.
Namun sekiranya anda mempunyai modal RM6,444 dan anda simpan (peram) dalam ASB Biasa, anda hanya memperolehi RM64,800 pada tahun ke 30.
Teknik #3: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Pendek
Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi.
Selepas masuk dividen tahun ke 5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat perolehannya:
RM6,444 x 5 = RM32,220 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat
SELEPAS TAHUN KE LIMA KANSEL LOAN ASB:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) setelah tolak interest bank = 8,172 + dividen terkumpul RM46,932. Jumlah keseluruhan = RM55,104 tidak termasuk pengembalian insurans anda pada tahun kelima.
Dengan teknik ketiga ini, dengan modal pelaburan RM32,220 anda mendapat RM55,104.
Teknik #4: Buat Duit Dengan ASB – Teknik Jutawan
Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi selama tempoh pinjaman (macam simpan dalam KWSP).
Modal Pelaburan:
RM6,444 x 30 = RM193,320 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat
PADA TAHUN KE 30:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) = 100,000 + dividen terkumpul RM906,266. Jumlah keseluruhan = RM1,006,266.
Dengan teknik keempat ini, Impian anda untuk menjadi Jutawan telah terlaksana. Yahoo!!
Untuk buat duit dengan ASB, kini anda boleh pilih untuk jangka masa panjang atau pendek. Yang penting masyukkk…
Jadi apa pandangan anda tentang tips ini? Boleh lah cuba tapi anda haruslah berdisiplin untuk melaksanakannya.
AMARAN – ASB masih adalah sebuah pelaburan di mana pulangannya tidak di jamin oleh mana-mana pihak. Anda harus faham akan risiko pelaburan sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Sumber: SmartWealth2U
Tips Menjadi Jutawan Melalui ASB Dengan Gaji Hanya Serendah RM 2000
By DuitLah
Dalam bidang perniagaan, kita sudah tentu memilih pulangan yang lumayan. Tetapi tidak ramai yang sanggup mengeluarkan kos yang banyak untuk berniaga.
Perniagaan berkos rendah ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, atau pemuda lepasan SPM. Anda boleh pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan anda sebagai sumber pendapatan anda.
Pilih lokasi yang ramai orang seperti di kawasan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang. Secara kasar, anda boleh mendapat keuntungan rm350 sehari × 30 hari bersamaan RM10,500 sebulan.
Anda sebagai manager, hanya perlu mengiklankan perkhidmatan anda di kawasan perumahan. Kemudian deal dengan pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Dengan 5 buah rumah sehari untuk seorang pekerja.
RM60 x 10 rumah sehari = RM600
Gaji 2 orang perkerja = RM260
Keuntungan Sehari = RM340
Keuntungan Sebulan = RM340 x 30 hari = RM10,200 sebulan
Jika anda boleh menjual nasi RM4 beserta khidmat penghantaran. Cuba dapatkan jualan 150 biungkus sehari. Anda boleh menggunakan iklan Facebook untuk mendapatkan pelanggan sekitar.
Dengan keuntungan sekitar 60%, sehari anda mampu mendapat untung bersih sebanyak rm360 × 30 hari = RM10,800 sebulan.
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.
Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.
Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
Perniagaan berkos rendah ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, atau pemuda lepasan SPM. Anda boleh pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan anda sebagai sumber pendapatan anda.
1. Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, cuba dapatkan jualan sehingga 600 plastik sehari.Pilih lokasi yang ramai orang seperti di kawasan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang. Secara kasar, anda boleh mendapat keuntungan rm350 sehari × 30 hari bersamaan RM10,500 sebulan.
2. Khidmat Potong Rumput
Upah memotong rumput satu halaman rumah biasa adalah sekitar rm60. Anda hanya perlu menggunakan 2 orang pekerja dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, Pekerjaan ini hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk sebuah halaman.Anda sebagai manager, hanya perlu mengiklankan perkhidmatan anda di kawasan perumahan. Kemudian deal dengan pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Dengan 5 buah rumah sehari untuk seorang pekerja.
RM60 x 10 rumah sehari = RM600
Gaji 2 orang perkerja = RM260
Keuntungan Sehari = RM340
Keuntungan Sebulan = RM340 x 30 hari = RM10,200 sebulan
3. Menjual Nasi
Menjual nasi menjadi kebiasaan terutama di kawasan perumahan atau kawasan pekerjaan. Tetapi perlu lah sedap dan berpatutan.Jika anda boleh menjual nasi RM4 beserta khidmat penghantaran. Cuba dapatkan jualan 150 biungkus sehari. Anda boleh menggunakan iklan Facebook untuk mendapatkan pelanggan sekitar.
Dengan keuntungan sekitar 60%, sehari anda mampu mendapat untung bersih sebanyak rm360 × 30 hari = RM10,800 sebulan.
4. Menjual Air
Jual air rm1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080.
5. Berniaga Di Pasar Malam
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.
6. Agent Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
6 Perniagaan Modal Rendah Dengan Pulangan Bersih Lebih RM10,000 Sebulan
By DuitLah
Untuk berjaya di dalam perniagaan perlu ada pemahaman yang mendalam. Tetapi ramai yang tidak dapat memahami kunci kejayaan di dalam perniagaan.
Di dalam video ini anda akan belajar 3 komponen penting untuk berjaya di dalam perniagaan.
Komponen itu adalah
1. Be How
2. We How
3. Know How
Fahami 3 kunci ini supaya dapat membantu anda dalam mengejar kejayaan perniagaan anda.
Di dalam video ini anda akan belajar 3 komponen penting untuk berjaya di dalam perniagaan.
Komponen itu adalah
1. Be How
2. We How
3. Know How
Fahami 3 kunci ini supaya dapat membantu anda dalam mengejar kejayaan perniagaan anda.
3 Kunci Penting Dalam Perniagaan
By DuitLah
Beliau percaya manusia buat sesuatu perkara atas pengaruh motivasi tertentu.
Secara asas, hierarki ini beri gambaran yang manusia perlu penuhi keperluan tahap rendah, sebelum beralih penuhi tahap keperluan yang lebih tinggi. Sehingga mereka capai tahap tertinggi iaitu “self-actualization.”
Jika teori ini di aplikasikan kepada kehidupan kita terutamanya berkaitan pengurusan kewangan, anda akan dapati teori ini sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Cuba lihat piramid di bawah.
Jika kita ubah puncak piramid self actualization kepada kebebasan kewangan atay freeing, anda akan dapati kebebasan kewangan yang sebenar adalah apabila pendapatan pasif melebihi segala perbelanjaan. Dan itu lah impian kita kan?
Bagaimana kita hendak ke puncak piramid atau mencapai kebebasan kewangan?
Untuk survive, kita kena tahu nilai pengeluaran atau perbelanjaan serta tahu berapa banyak pendapatan setiap bulan.
Jika kita tidak biasa merekod perbelanjaan, sudah tentu kita sering kali terlebih belanja. Ini akan menyebabkan anda kurang menyimpan dan boleh bankrap.
Peringkat 1: Surviving
Padsa asasnya, semua yang kita lakukan adalah untuk terus hidup tanpa ada masalah. Tetapi untuk terus survive perlu ada mindset yang betul.Adakah anda masih berfikiran seperti berikut?
"Rileks lah, kerajaan kan sentiasa bantu rakyat. Mohonlah bantuan kerajaan untuk buat sesuatu"
"Duit saya sentiasa cukup dan selamat kat dalam bank"
"Tak perlu rekod semua perbelanjaan, duit sentiasa ada hujung bulan"
"Alah! ada rezeki boleh lah dapat durian runtuh!"
Tahu kah anda, semua ayat ini boleh menjadi racun kepada kebebasan kewangan anda.
Pada peringkat ini, kita hidup dengan cara sederhana (kawal perbelanjaan secara terperinci), dan amalkan belanja tidak lebih daripada pendapatan bulanan kita.
Peringkat 2: Bebaskan Diri Daripada Belenggu Hutang.
Di peringkat ini, anda perlu faham bahawa hutang bukanlah duit anda. Sebanyak mana anda hutang, ias tetap bukan milik anda.Mereka yang memiliki kebebasan kewangan akan memiliki sedikit hutang dan lebih banyak pendapatan.
Kenal pasti hutang baik dan hutang jahat.
Hutang baik adalah apabila anda membayar hutang, anda tidak dapat pulangan semula. Tetapi hutang baik, anda dapat pulangan semula yang membantu menambahkan pendapatan anda.
Hutang kredit kad, personal loan, kereta atau hutang rumah semuanya adalah hutang jahat yang mengeluarkan duit anda tanpa menambahkan duit anda.
Hutang beli rumah, di mana rumah itu disewakan adalah hutang baik. Kerana rumah itu mampu menambah pendapatan anda dari duit sewaan walaupun anda berhutang.
Peringkat 3: Tingkatkan Ilmu Sedia Ada.
Hasil daripada pengurusan perbelanjaan yang baik dan sedikit berhutang, Anda akan memiliki lebih banyak duit simpanan. Apa yang perlu di buat dengan duit simpanan?Dengan duit simpanan anda boleh membahagikan sebahagian sebagai wang kecemasan. Sementara sebahagian sebagai pelaburan.
Di sini anda perlu belajar bagaimana anda dapat menambahkan pendapatan melalui pelaburan walaupun anda masih bekerja. Anda boleh membaca buku pelaburan, perniagaan atau sebagai nya untuk menambah ilmu.
Anda juga boleh mengikuti kursus berkaitan untuk memahami lebih mendalam berkenaan pelaburan tersebut.
Peringkat 4: Mulakan Pelaburan.
Apabila anda sudah memahami jenis pelaburan atau formula yang mana sesuai untuk menambahkan pendapatan anda, anda perlu bermula secepat mungkin.Lakukannya sebaik mungkin mengikut panduan yang anda telah pelajari.Paling baik, mentor yang berjaya mungkin boleh membantu anda melaksanakan pelaburan anda.
Pada peringkat ini anda perlu memahami selok-belok di dalam pelaburan atau perniagaan tersebut. Sudah tentu banyak dugaan anda perlu hadapi. Tapi itu semua akan menjadikan anda lebih bijak dan cemerlang dalam pengurusan pelaburan.
Peringkat 5: Optimumkan Pelaburan.
Pada peringkat ini, perniagaan atau pelaburan anda sudah berjalan lancar. Anda cuma perlu mencantikkan perjalan pelaburan atau perniagaan tersebut.Anda perlu membuat tindakan bagaimana anda dapat meminimumkan perbelanjaan dan memaksimumkan keuntungan. Tidak lupa mengurangkan cukai, mengoptimumkan penggunan staf atau pemilikan aset.
Apabila sistem pelaburan atau perniagaan anda berjalan semakin lancar, ianya sudah menjadi mesin sumber pendapatan anda. Mesin sumber pendapatan anda inilah yang membantu mencapai impian kebebasan kewangan anda.
Peringkat 6: Capai Kebebasan Kewangan.
Inilah peringkat terakhir dan teratas dalam hierarki ini. Pada peringkat ini, anda sudah tak ada hutang jahat, anda mampu mengurus duit dengan baik, anda memiliki banyak ilmu dan pengalaman tentang pelaburan, serta portfolio pelaburan yang baik.Anda juga sudah memiliki rangkaian pendapatan pasif dengan pulangan yang lumayan.
Anda boleh memilih untuk bersara awal dari pekerjaan tetap kerana pendapatan pasif anda sudah mampu menampung segala perbelanjaan kita.
Mencapai Status Bebas Kewangan Bermula Dari Mindset Minda Anda Yang Betul
By DuitLah
Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan. Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan. Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja.
Tetapi, sekiranya anda tidak pasti sama ada anda ingin memulakan perniagaan ataupun tidak, artikel saya pada hari ini mungkin dapat membantu anda melihat sebab mengapa anda perlu menjadi usahawan.
Mungkin kita kurang berminat menerima arahan daripada pihak lain atau merasakan, kita boleh memberi arahan dengan lebih baik, maka, memulakan perniagaan sendiri membolehkan peluang untuk menjadi bos atau ketua kepada diri sendiri.
Anda yang menetapkan peraturan dan anda juga boleh melanggarnya. Siapa yang hendak menegur anda dalam perniagaan sendiri oleh kerana andalah ketuanya. Anda juga tidak memerlukan kebenaran sesiapa untuk melakukan sesuatu dalam perniagaan anda. Oleh kerana jalan perniagaan anda, anda sendiri tentukan.
Namun menjadi ketua sendiri bukanlah perkara yang mudah oleh kerana kini tanggungjawab jatuh 100 peratus ke atas diri sendiri. Sama ada berjaya atau gagal, ditentukan oleh kecekapan diri kita sebagai seorang ketua. Sekiranya gagal, maka 100 peratus adalah salah sendiri dan bukan lagi orang lain.
Antara pesanan awal saya khususnya untuk mereka yang baru ingin memulakan perniagaan adalah melakukan sesuatu mengikut minat sendiri. Melakukan sesuatu yang mengikut minat pastinya lebih menyeronokkan berbanding dengan melakukan sesuatu kerana terpaksa.
Apabila karier tumbuh berdasarkan minat, setiap hari menjadi hari yang sentiasa ditunggu-tunggu dan anda tidak kenal penat untuk berusaha.
Melakukan sesuatu yang kita minat adalah langkah pertama, tetapi jangan lupa pula dengan permintaan pasaran. Melakukan sesuatu yang kita minat saja dan mengabaikan pasaran dan permintaan tidak ubah seperti syok sendiri. Tiada permintaan, maka tiada pembeli. Bila tiada pembeli, perniagaan yang dijalankan terpaksa digulung tikar pula.
Di sini, kecekapan komunikasi dan mengendalikan pasukan adalah amat penting. Bak kata pepatah Inggeris, ‘No man is an island’ yang bermaksud, kejayaan tidak dicapai seorang diri, tetapi atas bantuan orang lain juga.
Peluang pekerjaan yang diwujudkan perlu dapat membantu usahawan mencapai matlamat perniagaannya. Dan ini tidak akan tercapai sekiranya kemahiran komunikasi dan pengendalian pekerja anda lemah.
Oleh kerana perniagaan Internet tidak memerlukan kedai fizikal, maka, usahawan tidak perlu menunggu atau berada di kedainya sambil menjalankan perniagaan.
Namun ini tidak bererti kurangnya tumpuan masa pada perniagaan. Pengurusan masa memainkan peranan yang amat penting supaya usaha dan kerja yang dilakukan pada perniagaan memberi produktiviti yang optimum.
Tentunya tujuan utama dalam memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Apabila ianya dilakukan dengan baik, perniagaan dapat memberi pulangan yang lumayan. Dikatakan sembilan daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Jika dilakukan dengan betul, berilmu, strategi dan teknik yang berkesan, pulangan perniagaan boleh memberi pulangan berganda.
Perlu diingat juga dan menjadi pengajaran kepada semua, untuk berjaya dalam perniagaan memerlukan usaha dan dedikasi yang tinggi. Tiada ruang untuk menjadi cepat kaya dalam perniagaan, tetapi usaha yang konsisten akan memberi pulangan yang berganda. Tidak semua perniagaan berjaya. Malah lebih banyak kisah kegagalan perniagaan sering kita dengar berbanding kisah kejayaan.
Natijahnya, pastinya ada pelbagai kebaikan memulakan perniagaan dan menjadi usahawan. Tetapi, dalam kebaikan, juga terdapat beraneka cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani dengan bijak!
Tetapi, sekiranya anda tidak pasti sama ada anda ingin memulakan perniagaan ataupun tidak, artikel saya pada hari ini mungkin dapat membantu anda melihat sebab mengapa anda perlu menjadi usahawan.
1. Ingin menjadi bos sendiri
Mungkin kita kurang berminat menerima arahan daripada pihak lain atau merasakan, kita boleh memberi arahan dengan lebih baik, maka, memulakan perniagaan sendiri membolehkan peluang untuk menjadi bos atau ketua kepada diri sendiri.Anda yang menetapkan peraturan dan anda juga boleh melanggarnya. Siapa yang hendak menegur anda dalam perniagaan sendiri oleh kerana andalah ketuanya. Anda juga tidak memerlukan kebenaran sesiapa untuk melakukan sesuatu dalam perniagaan anda. Oleh kerana jalan perniagaan anda, anda sendiri tentukan.
Namun menjadi ketua sendiri bukanlah perkara yang mudah oleh kerana kini tanggungjawab jatuh 100 peratus ke atas diri sendiri. Sama ada berjaya atau gagal, ditentukan oleh kecekapan diri kita sebagai seorang ketua. Sekiranya gagal, maka 100 peratus adalah salah sendiri dan bukan lagi orang lain.
2. Lakukan apa yang anda minat
Antara pesanan awal saya khususnya untuk mereka yang baru ingin memulakan perniagaan adalah melakukan sesuatu mengikut minat sendiri. Melakukan sesuatu yang mengikut minat pastinya lebih menyeronokkan berbanding dengan melakukan sesuatu kerana terpaksa.Apabila karier tumbuh berdasarkan minat, setiap hari menjadi hari yang sentiasa ditunggu-tunggu dan anda tidak kenal penat untuk berusaha.
Melakukan sesuatu yang kita minat adalah langkah pertama, tetapi jangan lupa pula dengan permintaan pasaran. Melakukan sesuatu yang kita minat saja dan mengabaikan pasaran dan permintaan tidak ubah seperti syok sendiri. Tiada permintaan, maka tiada pembeli. Bila tiada pembeli, perniagaan yang dijalankan terpaksa digulung tikar pula.
3. Membuka peluang pekerjaan kepada yang lain|
Memulakan perniagaan bukan saja membantu diri kita, tetapi juga menolong orang lain dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan. Oleh kerana anda adalah pemilik perniagaan, anda juga boleh memilih siapa pekerja anda. Anda sendiri dapat membina pasukan sendiri dalam menjayakan perniagaan anda.Di sini, kecekapan komunikasi dan mengendalikan pasukan adalah amat penting. Bak kata pepatah Inggeris, ‘No man is an island’ yang bermaksud, kejayaan tidak dicapai seorang diri, tetapi atas bantuan orang lain juga.
Peluang pekerjaan yang diwujudkan perlu dapat membantu usahawan mencapai matlamat perniagaannya. Dan ini tidak akan tercapai sekiranya kemahiran komunikasi dan pengendalian pekerja anda lemah.
4. Tetapkan jadual sendiri
Bila mempunyai perniagaan sendiri, kita boleh memilih jadual yang lebih fleksibel. Kini ramai yang memilih memulakan perniagaan melalui Internet. Dengan menggunakan Internet sebagai platform perniagaan, pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh usahawan, termasuk waktu bekerja yang lebih fleksibel.Oleh kerana perniagaan Internet tidak memerlukan kedai fizikal, maka, usahawan tidak perlu menunggu atau berada di kedainya sambil menjalankan perniagaan.
Namun ini tidak bererti kurangnya tumpuan masa pada perniagaan. Pengurusan masa memainkan peranan yang amat penting supaya usaha dan kerja yang dilakukan pada perniagaan memberi produktiviti yang optimum.
5. Meningkatkan ekonomi diri dan keluarga
Tentunya tujuan utama dalam memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Apabila ianya dilakukan dengan baik, perniagaan dapat memberi pulangan yang lumayan. Dikatakan sembilan daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Jika dilakukan dengan betul, berilmu, strategi dan teknik yang berkesan, pulangan perniagaan boleh memberi pulangan berganda.Perlu diingat juga dan menjadi pengajaran kepada semua, untuk berjaya dalam perniagaan memerlukan usaha dan dedikasi yang tinggi. Tiada ruang untuk menjadi cepat kaya dalam perniagaan, tetapi usaha yang konsisten akan memberi pulangan yang berganda. Tidak semua perniagaan berjaya. Malah lebih banyak kisah kegagalan perniagaan sering kita dengar berbanding kisah kejayaan.
Natijahnya, pastinya ada pelbagai kebaikan memulakan perniagaan dan menjadi usahawan. Tetapi, dalam kebaikan, juga terdapat beraneka cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani dengan bijak!
Mengapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Anda?
By DuitLah
Dalam dunia pekerjaan, minat seseorang mungkin menjadi satu faktor yang dianggap remeh. Tak ramai di antara kita yang mampu memilih pekerjaan berdasarkan minat sendiri. Tetapi ramai yang tidak sedar, minat menjadi faktor utama anda meneruskan pekerjaan untuk kehidupan anda.
Apa guna jika kita bersusah payah untuk sesuatu pekerjaan tetapi sebenarnya kita benci melakukannya kan? Cuba bayangkan jika anda dapat melakukan sesuatu pekerjaan disebabkan minat anda. Pada masa yang sama juga anda dibayar gaji. Menarik bukan?
Dengan cara ini anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan terasa seronok pula meneruskan pekerjaan tersebut.
Jim Carey, seorang pelawak terkenal pernah berkata di Mararishi University of Management mengenai ayahnya. Jim mengatakan ayahnya memiliki bakat melawak tetapi memilih jalan yang difikirkan selamat iaitu menjadi seorang akauntan.
Oleh sebab pilihan ayahnya tersebut, Jim dan keluarganya terpaksa bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari pendapatan dan menyara kehidupan sekeluarganya. Kerana desakan itu, Jim Carey pun memutuskan untuk mengikuti impian berdasarkan minatnya, menjadi seorang pelawak dan akhirnya menjadi aktor terkenal.
Mengapa Jim Carey berjaya selepas mengikut minatnya sebagai pelawak? 5 sebab mengapa pekerjaan berdasarkan minat mampu memberi kejayaan kepada anda.
Walau anda jatuh sekali pun, anda mampu bangkit, memikirkan cara terbaik untuk anda berjaya disebabkan minat yang mendalam anda terhadap pekerjaan anda itu.
Anda tidak lagi perlu memikirkan sesuatu yang negatif sepereti mengapa anda ditakdirkan begini, mengapa anda dipersalahkan, mengapa perkerjaan ini menyusahkan dan sebagainya.
Tetapi anda akan sentiasa memikirkan bagaimana anda boleh memajukan diri dalam bidang yang anda minati. Sementara anda memikirkan cara memajukan diri, anda akan menemui peluang atau kesempatan untuk memperhebatkan lagi kerjaya anda.
Apabila peluang yang ditunggu itu datang, anda tidak akan membuang masa, bahkan anda akan terus mengambil peluang dan meneruskan perjalanan karier pekerjaan anda.
Anda akan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru, menanbah ilmu yang baru dan mencabar diri ke tahap yang lebih baik. Anda juga mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pekerjaan anda.
Anda berlaku jujur pada diri dan institusi yang berkaitan. Anda lkebih tenang dan organisasi juga menyukai anda disebabkan nilai tinggi yang anda berikan.
Lihat seperti Dato' Siti Nurhaliza, disebabkan minat dan usaha dari muda, anugerah demi anugerah banyak diterima pada usia muda. Gelaran Dato' juga dianugerahkan pada usianya hanya 27 tahun!
Apa guna jika kita bersusah payah untuk sesuatu pekerjaan tetapi sebenarnya kita benci melakukannya kan? Cuba bayangkan jika anda dapat melakukan sesuatu pekerjaan disebabkan minat anda. Pada masa yang sama juga anda dibayar gaji. Menarik bukan?
Dengan cara ini anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan terasa seronok pula meneruskan pekerjaan tersebut.
Jim Carey, seorang pelawak terkenal pernah berkata di Mararishi University of Management mengenai ayahnya. Jim mengatakan ayahnya memiliki bakat melawak tetapi memilih jalan yang difikirkan selamat iaitu menjadi seorang akauntan.
Oleh sebab pilihan ayahnya tersebut, Jim dan keluarganya terpaksa bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari pendapatan dan menyara kehidupan sekeluarganya. Kerana desakan itu, Jim Carey pun memutuskan untuk mengikuti impian berdasarkan minatnya, menjadi seorang pelawak dan akhirnya menjadi aktor terkenal.
Mengapa Jim Carey berjaya selepas mengikut minatnya sebagai pelawak? 5 sebab mengapa pekerjaan berdasarkan minat mampu memberi kejayaan kepada anda.
1. Pekerjaan Menjadi Sangat Mudah
Melakukan apa yang snda suka adalah suatu yang menyenangkan bukan? Kerana anda sendiri yang mahukannya. Anda juga tidak mengalami tekanan yang hebat kerana anda meminatinya.Walau anda jatuh sekali pun, anda mampu bangkit, memikirkan cara terbaik untuk anda berjaya disebabkan minat yang mendalam anda terhadap pekerjaan anda itu.
2. Alam Semesta Menyokong Anda
Ketika anda memilih kebahagiaan dalam pekerjaan, anda memasuki suatu fasa yang luar biasa dalam kehidupan. Sesuatu yang lenih besar dari kehidupan.Anda tidak lagi perlu memikirkan sesuatu yang negatif sepereti mengapa anda ditakdirkan begini, mengapa anda dipersalahkan, mengapa perkerjaan ini menyusahkan dan sebagainya.
Tetapi anda akan sentiasa memikirkan bagaimana anda boleh memajukan diri dalam bidang yang anda minati. Sementara anda memikirkan cara memajukan diri, anda akan menemui peluang atau kesempatan untuk memperhebatkan lagi kerjaya anda.
Apabila peluang yang ditunggu itu datang, anda tidak akan membuang masa, bahkan anda akan terus mengambil peluang dan meneruskan perjalanan karier pekerjaan anda.

3. Kreativiti, Idea & Semangat Semakin Meningkat
Dari segi aspek spiritual, anda akan rasa sesuatu kekuatan dalam yang semakin meningkat. Anda semakin bersemangat dan berkeyakinan untuk melakukan yang lebih dalam pekerjaan anda.Anda akan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru, menanbah ilmu yang baru dan mencabar diri ke tahap yang lebih baik. Anda juga mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pekerjaan anda.
4. Anda Bersikap Jujur Pada Diri
Tidak ada yang lebih penting daripada menjadi diri sendiri. Hal tersebut merupakan kewajipan kepada setiap manusia di dunia. Jika anda melakukan sebuah pekerjaan dengan komitmen yang tinggi dan dilandasi pada kejujuran, rezeki pun akan mengalir dengan lancar.Anda berlaku jujur pada diri dan institusi yang berkaitan. Anda lkebih tenang dan organisasi juga menyukai anda disebabkan nilai tinggi yang anda berikan.
5. Kejayaan Mudah Dikecapi
Perjalan pekerjaan anda mungkin bermula dengan langkah yang kecil. Tetapi disebabkan usaha anda yang berterusan dan bersemangat, kejayaan dalam bidang anda akan lebih mudah dicapai.Lihat seperti Dato' Siti Nurhaliza, disebabkan minat dan usaha dari muda, anugerah demi anugerah banyak diterima pada usia muda. Gelaran Dato' juga dianugerahkan pada usianya hanya 27 tahun!
5 Sebab Mengapa Anda Mesti Memilih Pekerjaan Sesuai Dengan Minat Anda
By DuitLah
Subscribe to:
Posts (Atom)